Monday, February 4, 2013

jika belum tiba masa nya...


ASSALAMUALAIKUM...
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



tetapi ya Allah
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
amin,amin,amin....

Friday, February 1, 2013

tentang diri ku...


assalamualaikum...

ya Allah, aku tahu diri ini begitu banyak dosa..aku tahu selama ini aku terlalu leka dan alpa dengan kehidupan di dunia..

 ya Allah, aku tahu sebanyak mana air mata ini mengalir,semua itu belum tentu dapat menghapuskan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan...

ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan...Engkau bantu lah aku untuk menjadi hamba Mu yang lebih baik...

ya Allah...aku bersyukur kepada Mu kerana menemukan ku dengan sahabat-sahabat yang menyedarkan aku tentang erti islam yang sebenar...

ya Allah,aku bersyukur kerana Engkau kurniakan seseorang yang sentiasa menyokongku untuk berubah,tanpa rasa penat dia sentiasa mengingati ku tentang kewajipan ku,tentang amalan ku dan tentang perilaku ku...

ya Allah...aku mohon Engkau teguhkan iman ku untuk terus berubah..Engkau kuatkan aku untuk berdpan segala dugaan agar aku dapat terus bertahan di jalan Mu...

JADIKAN AL-KAHFI SURAH AMALAN


Assalamualaikum...
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Antara kelebihan mengamalkan surah al-kahfi ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim 809)

Tuesday, December 25, 2012

wanita

ASSALAMUALAIKUM...


wanita makhluk Allah yg amat istimewa..dlm islam,wanita amat dihormat dan dihargai peranan nye sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri telah memerintahkan agr kaum wanita diperlakukan mengikut ftrah ia dijadikan sebagaimana sabda baginda yg bermksud....




"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang

 bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan 

mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku 

baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang sentiasa menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
wanita,jaga la aurat-aurat mu dgn sempurna..
wajah mu bukan la aurat tetapi ada kala nya a akan menjdi aurat sebaga contoh wajah yg dikhuatiri akan melalaikan lelaki yg memandangnya..ia dianggap sbgai aurat..harusla seseowg wanita itu mengenakan purdah di wajah nye...mungkin sukar utk remaja zaman kini utk mengamalkan nya tp cukup la sekadar jika dia tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi..
suara mu bukan la aurat tpi adakala nye ia menjadi aurat...wanita solehah tidak akan melembutkan suara nya ketika bercakap dgn lelaki ajnabi...firman Allah juga ada mengatakan:-
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga 

bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)


Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi serta tunduk 

dan lahirkan lah rasa malu..


wahai wanita..berurusan la dgn ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat iaitu berdua-duaan...berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.

maka,pelihara la diri mu wahai wanita,angkat la darjat mu,jgn biarkan dirimu disalah tafsir oleh owg laen kerana sesunggh nya Allah telah mencipta kamu dgn sebaik-baik nya...hnya ape yg perlu ditambah adalah keimanan mu bgi mengelakkan dirimu difitnah...nauzubillahminzalik....






Thursday, December 20, 2012

ujian perasaan


“hri nie aku rse gembira...tp knp disebalik kegembiraan ini msih ade terselit rse sedih...
ya Allah...knp Engkau selalu menduga aku sebegini....aku tidak lah sekuat khadijah dan juga aisyah...aku tahu perasaan ini adalah salah satu drp ujian Mu kpd ku tp aku x kuat untuk mengharungi segala dugaan perasaan yg Engkau turunkn kpd ku...”


ASSALAMUALAIKUM..

ini adalah luahan hti aku saat ini...

Allahurabbi..Kadangkala kita sering
 mempersoalkan kenapa Allah menghadirkan sesuatu perasaan yang kita rasa, kita tidak menyukainya..padahal Allah itu Maha Mengetahui...Allah tahu ape sahaja yg dikurniakan untuk kite,adalah yg terbaek untuk kite...Seharusnya kita banyakkan zikrullah agar kita dapat mengawal setiap perasaan  kita itu.
Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 41 & 42:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Ingatlah kepada Allah, dengan 

mengingat (Nama-nya) sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada-

Nya pada waktu pagi dan petang”

Cuba hayati kisah Nabi Muhammad SAW...bagaimana baginda dilontarkan dengan batu ketika berdakwah di Kota Thaif. Habis berdarah badan baginda..Bagaimana kaum Quraisy mengancam untuk membunuh baginda sehingga baginda membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah.

Namun, adakah baginda berpaling daripada menyembah ALLAH Yang Satu? Tidak bukan? Bahkan pendirian mereka makin teguh. Keimanan mereka makin mantap. Kesetiaan mereka kepada Rasulullah 
SAW makin utuh dan teguh. Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Sungguh hebatkan mereka?

Namun, kita kadang terlepas pandang bukan? Kita asyik sahaja 
merungut tentang ujian-ujian perasaan yg diturunkn oleh Allah..Ada masalah sikit mengeluh. Tiada persefahaman sikit, kita sudah membentak..kita sepatut nya bersyukur kerana Allah hanya mengurniakan ujian perasaan dan bukan lah ujian sepertimana yg dilalui oleh Rasulullah..

ALLAHU ALLAH.. Ampunkanlah dosa hamba-MU ini, YA ALLAH...Betapa diri ini tidak mahu bersyukur dengan kurniaan-MU...Betapa diri ini tidak menghargai pemberian dari-MU...Ampunilah diri ini, YA ALLAH...

Jangan pernah mengeluh wahai diri. Jangan mudah berputus asa. Jalan ini memang panjang. Jangan ini memang berliku. Tetapkan langkah kaki. Harungi setiap ujian dari-NYA. Ketahuilah bahawa segala kesulitan itu adalah tarbiyah dari-NYA. Pengajaran yang tidak terhingga dari Yang Maha Esa. Syukurilah setiap kurniaan Ilahi. Syukurilah nikmat-NYA. Syukurilah juga ujian-NYA. Semua itu tanda DIA menyayangi diri kita.



Thursday, December 13, 2012

redha bgi ku...

ASSALAMUALAIKUM...

redha....bermksud kite ikhlas kn segala ape yg terjdi dlm hidup kite baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT.. kite x akan salah kn takdir jika sesuatu yg x baek jdi pd kite sbb kite tau di sebalik segala kesulitan tuh,Allah dah tetapkan sesuatu yg baek utk kite...insyaAllah...

apabila kite redha pd sesuatu yg mengecewakan hti kite,maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka..ingt je ayat nie..."kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia dtgkn petir dan kilat..kita menangis dan tertnya-tanya ke mana pergi nya sinar...rupa-rupa nya Allah nk hadiah kan kite pelangi"

Rasulullah S.A.W. bersabda yg bermaksud..."barang siapa diuji lalu bersabar,diberi lalu bersyukur,dizalimi lalu memaafkan,dan menzalimi lalu beristighfar..maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong antara orang-orang yg memperoleh hidayah"

ya Allah...aku memohon..Engkau ajarkan lah aku erti ikhlas agar aku belajar utk sentiasa redha dgn setiap ketentuan yg telah Engkau tetapkan dlm perjalanan hidupku....ya Allah...Engkau sentiasa la bersama aku walau ape jua rintangan yg menimpa diri ku...ya Allah ya tuhan ku...Engkau kuatkan la aku dlm menghadapi ujian Mu..ya Allah...aku mohon agar Engkau tidak membiarkn air mata ku menitis demi perkara2 yg tidak sepatut nye...kuatkan lah aku ya Allah...ya Allah ya tuhan ku...Engkau ampuan kn lah dosa2 ku
..Amin...Amin...Amin....



Wednesday, December 12, 2012

untuk kamu...

ASSALAMUALAIKUM...

ngntok.....!!sbb nye tdow ku di kcau oleh kelawar....huhuhu...tp aku tau kau bkn sengaja...kau perlukan seowg shbt mse tuh...so aku maafkan kau....=)

si kelawar...maaf la aku bnyk bebel kt kau mlm smlm...aku bebel utk kebaikan kau...dgr nie...Allah selalu duga hamba2 yang Dia syg dgn bermcm-mcm dugaan...Dia nk hmba Nya kuat...Dia nk tgk setabah mne n setaat mne hmba Dia saat dugaan dtg...

si kelawar...ingt nie...kau kene berubah...berubah ke arah kebaikan....jge hbgn ngn Allah...sbb klau kite jge hbgn ngn Allah,insyaAllah Allah akan jge hbgn ngn kite ngn owg laen..

x slah klau kite nk menangis wahai si kelawar,nngis akan buat kite rse lebih lega..tp seelok nye kite menangis di ats sejadah...menangis menghadap Allah...itu lebih baek...byk kn berzikir,minta pengampunan drp Allah terhdp dosa2 dulu...kdg2 hti kite x tenang sbb kite terlalu bnyk sgt dosa...

si kelawar....aku x tahu ape mslh kau smlm tp aku akan sentiasa doakan kau tabah n sabar dlm menghadapai ujian hidup...aku hrp hti kau akan tenang...

lastly,aku hrp sgt Allah kurniakan seseowg yg dpt mengubah hti kau,membuka htikau utk berubah ke arah yg lebih baek....jgn risau..doa aku selalu ade utk kau...klau ade ape2 nk cerita,msg je aku..aku shbt kau dunia dan akhirat...