Thursday, December 20, 2012

ujian perasaan


“hri nie aku rse gembira...tp knp disebalik kegembiraan ini msih ade terselit rse sedih...
ya Allah...knp Engkau selalu menduga aku sebegini....aku tidak lah sekuat khadijah dan juga aisyah...aku tahu perasaan ini adalah salah satu drp ujian Mu kpd ku tp aku x kuat untuk mengharungi segala dugaan perasaan yg Engkau turunkn kpd ku...”


ASSALAMUALAIKUM..

ini adalah luahan hti aku saat ini...

Allahurabbi..Kadangkala kita sering
 mempersoalkan kenapa Allah menghadirkan sesuatu perasaan yang kita rasa, kita tidak menyukainya..padahal Allah itu Maha Mengetahui...Allah tahu ape sahaja yg dikurniakan untuk kite,adalah yg terbaek untuk kite...Seharusnya kita banyakkan zikrullah agar kita dapat mengawal setiap perasaan  kita itu.
Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 41 & 42:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Ingatlah kepada Allah, dengan 

mengingat (Nama-nya) sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada-

Nya pada waktu pagi dan petang”

Cuba hayati kisah Nabi Muhammad SAW...bagaimana baginda dilontarkan dengan batu ketika berdakwah di Kota Thaif. Habis berdarah badan baginda..Bagaimana kaum Quraisy mengancam untuk membunuh baginda sehingga baginda membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah.

Namun, adakah baginda berpaling daripada menyembah ALLAH Yang Satu? Tidak bukan? Bahkan pendirian mereka makin teguh. Keimanan mereka makin mantap. Kesetiaan mereka kepada Rasulullah 
SAW makin utuh dan teguh. Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Sungguh hebatkan mereka?

Namun, kita kadang terlepas pandang bukan? Kita asyik sahaja 
merungut tentang ujian-ujian perasaan yg diturunkn oleh Allah..Ada masalah sikit mengeluh. Tiada persefahaman sikit, kita sudah membentak..kita sepatut nya bersyukur kerana Allah hanya mengurniakan ujian perasaan dan bukan lah ujian sepertimana yg dilalui oleh Rasulullah..

ALLAHU ALLAH.. Ampunkanlah dosa hamba-MU ini, YA ALLAH...Betapa diri ini tidak mahu bersyukur dengan kurniaan-MU...Betapa diri ini tidak menghargai pemberian dari-MU...Ampunilah diri ini, YA ALLAH...

Jangan pernah mengeluh wahai diri. Jangan mudah berputus asa. Jalan ini memang panjang. Jangan ini memang berliku. Tetapkan langkah kaki. Harungi setiap ujian dari-NYA. Ketahuilah bahawa segala kesulitan itu adalah tarbiyah dari-NYA. Pengajaran yang tidak terhingga dari Yang Maha Esa. Syukurilah setiap kurniaan Ilahi. Syukurilah nikmat-NYA. Syukurilah juga ujian-NYA. Semua itu tanda DIA menyayangi diri kita.



No comments:

Post a Comment