Wednesday, June 29, 2011

Hanya Diri


Telefon diletakkan di tepi. Aku termenung di bucu katil. Entah mengapa tahun ini ku rasakan semester yang bermula sepi di hati. Hatiku seakan tersentak dengan suasana baru di rumah yang kudiami. Mugkin aku belum bersedia untuk merelakan pemergian mereka yang telah tamat pengajiannya.
Bunyi lagu nasyid dari telefon bimbitku mematikan khayalan aku pada kenangan dahulu.
"Anak mak sayang, ingat pesan mak," ayat pertama yang ku baca setelah mesej di inbox ku buka.
Kandungan mesej dari mak ku baca lagi.
"Hanya diri yang boleh merubah kerajinan diri .Hanya diri boleh merubah pencapaian diri .Hanya diri yang tanggung mahu cemerlang atau sebaliknyaJusteru.Jika mahu hati gembira  usaha, doa dan solat hajat sungguh-sungguh."

Mesej dari mak ku balas. Ku katakan padanya terima kasih kerana sentiasa mengingatkan aku ketika berjuang di medan imu ini. Mak akan sentiasa menghangatkan semangatku untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran kerana tahu anaknya ini kadangkala lemah melawan penyakit yang dihadapi.
Air mataku mengalir tanpa dipinta. Walau jauh jarak antara aku dan mak, kata-kata dari mesej yang dikirim mak tadi mampu membuat aku menangis semahu-mahunya. Terasa seperti tautan hati dan aliran semangat dari nasihat mak meresap masuk ke lubuk hatiku untuk terus berjuang di medan ilmu ini.

No comments:

Post a Comment